View Article |
Peranan al-riḥlah al-ʿilmiyyah dalam penyebaran mazhab al-ashʿarī di dunia barat Islam dari kurun ke-6 hingga ke-8 hijrah
Ahmad Arif Zulkefli1, Mohamad Hafizi Rozali2, Mohammad Fahmi Abdul Hamid3, Khairul Azhar Meerangani4, Nurul Ain Kamarudin5, Ahmad Luqman Zulkefli6.
Al-riḥlah al-ʿilmiyyah atau permusafiran menuntut ilmu kadang kala dianggap
sebagai satu perkara yang membebankan kerana terpaksa meninggalkan keluarga,
menghabiskan masa dan merugikan wang. Namun tiada siapa yang dapat menyangkal fakta
bahawa melalui permusafiran inilah berlakunya proses perpindahan maklumat. Dalam tradisi
keilmuan Islam, pertemuan di Mekah sewaktu musim haji menjadi titik perkumpulan para
sarjana dari Mashriq dan Maghrib yang bermusafir ke sana sekaligus menjadikan ia sebagai
pusat penyebaran ilmu terutama dalam rangka penyebaran mazhab al-Ashʿarī walaupun
dalam suasana keterbatasan teknologi komunikasi. Kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh
manakah proses penyebaran ini berlaku khususnya pada kurun ke-6 hingga ke-8 hijrah sekali
gus mengkaji pihak-pihak yang terlibat dalam penyebaran mazhab ini di dunia barat Islam.
Kajian ini merupakan kajian kepustakaan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan
analisis data daripada sumber primer yang berkaitan. Kemudian data yang diperolehi
dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pada waktu ini,
sarjana yang terlibat dalam proses ini merupakan pakar dan rujukan dalam bidang akidah yang berlegar antara tiga lokaliti yang berbeza iaitu Andalus, Maghrib dan Mashriq. Hasil
pertemuan mereka ini, beberapa bentuk interaksi telah berlaku yang boleh disimpulkan kepada
beberapa kategori iaitu penyalinan manuskrip-manuskrip kitab, periwayatan sanad hadith,
pengijazahan dan munāwalah kitab serta proses pengajaran dan perpindahan ilmu (knowledge
transmission). Hasilnya, ilmu yang berasal dari Mashriq sampai ke Maghrib serta Andalus dan
begitu juga sebaliknya.
Affiliation:
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- UiTM Cawangan Melaka, Melaka, , Malaysia
- UiTM Cawangan Melaka, Melaka, , Malaysia
- UiTM Cawangan Melaka, Melaka, , Malaysia
- UiTM Cawangan Melaka, Melaka, , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 8 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|