View Article |
Penerapan konsep ihsan dalam pembangunan afektif mahasiswa
Nur Syazwani Othman1, Mahfuzah Mohammed Zabidi2, Norhapizah Mohd Burhan3.
Dalam meniti arus kemodenan ini, mahasiswa merupakan harapan generasi, bangsa
dan negara dalam pentadbiran dan pengurusan negara pada masa hadapan. Walau
bagaimanapun, penglibatan mahasiswa dalam gejala sosial perlu dipandang serius.
Pembentukan afektif memainkan peranan penting dalam pembangunan mahasiswa holistik
yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Dari sudut pandangan Islam,
ihsan adalah teras bagi pembentukan afektif. Hal ini demikian kerana nilai ihsan berkait rapat
dengan emosi dan rohani yang berpusat pada hati (qalb) manusia yang mampu membimbing
dan membentuk manusia ke arah insan baik. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis konsep
ihsan dalam pembangunan afektif mahasiswa. Kajian kualitatif ini mengaplikasikan analisis
kandungan terhadap teks iaitu jurnal terpilih daripada pangkalan data atas talian dengan kata
kunci ihsan dan afektif. Hasil kajian merumuskan pembentukan afektif yang berteraskan ihsan
bukan sahaja membantu dari sudut pembangunan diri, akademik dan hubungan sosial sama
ada dalam masyarakat mahupun di alam pekerjaan tetapi juga mendorong kepada
kesejahteraan diri individu dan masyarakat. Tuntasnya, konsep ihsan ini selari dengan
matlamat yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan
tentang “kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” dalam melahirkan mahasiswa holistik.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA (Johor) Kampus Pasir Gudang, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA UiTM Cawangan Pahang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 15 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|