View Article |
Faktor-faktor penerimaan masyarakat Kuala Terengganu terhadap ar-rahnu: satu tinjauan awal
Salimah Yahaya1, Che Khadijah Hamid2, Nor Adila Mohd Nor3, Sakinatul Raadiyah Abdullah4, Surita Hartini Mat Hassan5.
Segelintir masyarakat menerima kesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sebahagiannya kehilangan sumber pendapatan dan
pekerjaan. Sepanjang pelaksanaan PKP berlangsung, boleh dilihat senario masyarakat
kita ketika berdepan dengan krisis kewangan ini apabila segelintir masyarakat berpusu-pusu
beratur di hadapan premis pajak gadai untuk mendapatkan pinjaman. Rentetan itu, sebagai
salah satu produk kewangan Islam, Ar-Rahnu berjaya menawarkan pinjaman berjangka
pendek yang mampu mengatasi masalah pinjaman ‘ah long’ dalam kalangan masyarakat masa
kini. Namun begitu, Ar-Rahnu berdepan dengan cabaran untuk mengatasi kemasyuran pajak
gadai konvensional yang telah bertapak di negara ini sejak 100 tahun yang dahulu. Persoalan
yang timbul, bagaimana penerimaan masyarakat di Kuala Terengganu terhadap Ar-Rahnu
sejak ditubuhkan pada tahun 1993? Satu kajian rintis dilakukan untuk mengenal pasti dan
menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan masyarakat di Kuala Terengganu
terhadap Ar-Rahnu. Bagi menjawab persoalan ini, kajian rintis melalui kaedah penyelidikan
kuantitatif dilakukan dengan mengedarkan soal selidik kepada 67 orang responden di sekitar
Daerah Kuala Terengganu. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 24. Penemuan kajian mendapati, pengetahuan masyarakat
Kuala Terengganu tentang Ar-Rahnu masih berada dalam tahap yang sederhana disebabkan promosi yang dilaksanakan oleh institusi-institusi Ar-Rahnu yang terlibat masih dalam tahap
yang sederhana dan tidak menyeluruh.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA (Terengganu, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (Terengganu, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (Terengganu, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA UiTM Cawangan Pahang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 6 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|