View Article |
Salah faham antara pakaian menutup aurat dan membalut aurat dalam masyarakat wanita Islam di Malaysia
Norzaleha Zainun1, Zolina Mohamad2, Suriati Saidan3, Shahrizad Fitri Mustapha4, Kamarulzaman Saidi5.
Tuntutan berpakaian menutup aurat samada bagi lelaki dan wanita yang telah baligh
merupakan satu kewajipan yang telah diketahui umum dan perlu dipatuhi bagi seluruh umat
beragama Islam. Kewajipan berpakaian menutup aurat merupakan salah satu tuntutan dalam
Syariah Islam yang telah banyak diperjelaskan dalam Al-Quran dan hadis. Tren atau cara
berpakaian khususnya bagi golongan wanita muslim di Malaysia masakini amatlah
merisaukan kerana dilihat lebih kepada membaluti aurat dari menutupi aurat. Menutup aurat
dan membalut aurat merupakan dua situasi yang mempunyai maksud berbeza. Dalam konsep
menutup aurat, harus menitikberatkan tentang menutup semua bahagian anggota badan
terutamanya di bahagian dada kecuali muka dan pergelangan tapak tangan. Pakaian mestilah
tidak terlalu ketat, tidak pendek dan mesti longgar melepasi buku lali. Jika pakaian yang
dipakai sangat nipis hendaklah ditutupi dengan potongan pakaian lain dibahagian luar supaya
orang lain tidak dapat melihat secara langsung pada anggota badan sipemakai. Berikutan
permasalahan yang timbul, penulisan ilmiah ini akan mengupas dengan lebih lanjut bagi
maksud dan perbezaan sebenar antara pakaian menutup aurat dan membalut aurat agar dapat
dikongsi sebagai wadah ilmu khususnya bagi golongan wanita Islam. Pendekatan kaedah kualitatif digunakan bagi lapangan kajian ilmiah ini. Antara kaedah asas yang digunakan
adalah kaedah pemerhatian secara terus melalui data primer dan data sekunder. Melalui
dapatan kajian situasi berpakaian membalut aurat ini berlaku akibat pengaruh perkembangan
fesyen semasa yang meniru budaya pakaian barat, mahukan fesyen yang ‘up to date’ dan
kurangnya ilmu dalam berpakaian menutup aurat berlandaskan syariah.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 23 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|