View Article |
Keterlibatan wanita muslim dalam kerjaya di sektor teknikal di Malaysia
Siti Nurlaili Nasuka1, Ahmad Rosli Mohd Nor2, Nurliyana Abd Malik3.
Trend penglibatan wanita muslim dalam bidang TVET dilihat semakin meningkat di
mana ramai wanita muslim mula menjadikan bidang teknikal sebagai pilihan kerjaya mereka
berbanding zaman dahulu. Namun begitu mereka berhadapan dengan cabaran yang lebih
besar berbanding lelaki kerana faktor fizikal dan biologi mereka dalam dunia pekerjaan yang
lasak ini. Kajian ini akan mengupas tahap penglibatan wanita muslim dalam sektor teknikal
dan faktor peramal penglibatan lulusan wanita TVET dalam pekerjaan bidang teknikal. Kajian
secara kuantatif ini akan menggunakan kaedah tinjauan menggunakan set soalan soalselidik
kepada 140 orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata. Kajian ini mampu mengupas
persoalan keterlibatan wanita dalam kerjaya teknikal dan faktor berpengaruh dalam pemilihan
kerjaya mereka. Instrumen yang digunakan diambil dari Model Pemilihan Kerjaya ROSS dan
mempunyai nilai alpha 0.882. Bilangan sampel kajian dipilih berdasarkan saranan aplikasi
G-Power iaitu seramai 140 orang digunakan untuk analisis melibatkan min dan Regressi
Berganda (Multiple Regression). Data dikutip dengan menggunakan soal selidik secara
manual dan Google Form serta dianalisis menggunakan SPSS 23.0 bagi dapatan kajian.
Analisis mendapati seramai 64.3% wanita muslim tidak bekerja mengikut bidang pengajian
TVET mereka. Manakala tiga faktor terbukti menjadi faktor peramal yang berpengaruh dalam
pemilihan kerjaya TVET oleh wanita muslim iaitu Halangan Kerjaya (r= .483), Perubahan
Minat (r= .710) dan Pulangan Gaji (r= .672). Hasil daripada dapatan kajian ini boleh menjadi
panduan dalam pihak pengurusan untuk membantu keterlibatan wanita muslim dalam kerjaya
di sektor teknikal Malaysia.
Affiliation:
- Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
- Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
- Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 9 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|