Penilaian keberkesanan pembelajaran aktif segerak dan tidak segerak secara atas talian bagi kursus Pengurusan Geoinformasi
Zakri Tarmidi1, Uznir Ujang2, Akhmal Sidek3, Ahmad Nabil Md Nasir4.
Pembelajaran aktif telah terbukti berkesan dapat meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar, dengan menumpukan kepada perbincangan antara pelajar, dan komunikasi dua hala dalam memahami topik dalam kursus yang diambil. Pembelajaran aktif kebiasaannya dilaksanakan secara bersemuka, namun ketika berlakunya pandemik COVID-19, proses ini tidak dapat dilaksanakan kerana pembelajaran perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya. Walaupun begitu, terdapat program-program pengajian yang menjalankan pembelajaran aktif secara atas talian. Akan tetapi kurang kajian yang khusus dijalankan bagi melihat keberkesanan pembelajaran aktif secara atas talian sepenuhnya. Oleh yang demikian, penyelidikan di dalam kertas penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat keberkesanan pembelajaran aktif secara atas talian dengan menggunakan teknik segerak dan tidak segerak. Kursus Pengurusan Data Spatial Lanjutan dipilih sebagai sampel kajian kerana ianya merupakan salah satu kursus di dalam kategori pengurusan Geoinformasi. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan dan penandaarasan bagi melihat maklumbalas pelajar dan perbandingan pencapaian pelajar dengan pelaksanaan pembelajaran aktif secara atas talian secara segerak dan tidak segerak. Hasil analisis menunjukkan, bagi kajian tinjauan, maklumbalas pelajar berada pada tahap tinggi, dengan nilai skor min 4.17, manakala bagi kajian penandaarasan, perbezaan peratus tahap pencapaian pelajar adalah menurun sedikit, dengan nilai min 4.3 namun tidak memberi impak yang besar terhadap pencapaian pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan kaedah pembelajaran aktif boleh dilaksanakan secara atas talian, dengan menggabungkan teknik pembelajaran segerak dan tidak segerak.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 12 time(s))