Wacana skematik ayat dialog dalam surah Yusuf
Mohd Azrul Azlen Abd Hamid1, Mohd Farid Ravi Abdullah2, Yani Achmad3.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti skematik dalam ayat dialog surah Yusuf. Analisis wacana digunakan bagi mengenal pasti skematik dalam kisah yang dikaji. Proses analisis yang dilakukan adalah berdasarkan teori induktif yang menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif digunakan bagi mengenal pasti skematik yang terdapat pada dialog dalam surah Yusuf. Elemen-elemen skematik yang telah dikenal pasti tersebut digunakan sebagai panduan bagi pendekatan kuantitatif yang digunakan. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk menentukan peratusan jenis dan bilangan penjuru dialog. Hasil kajian menunjukkan terdapat 26 dialog dalam surah Yusuf dengan dialog dua hala mendominasi kisah Nabi Yusuf AS. Pemilihan watak dialog pula melibatkan hanya manusia, manakala struktur dialog terdiri daripada permulaan, perkembangan dan peleraian.
Affiliation:
- International Islamic University Malaysia (IIUM), Malaysia
- Universiti Islam Selangor (UIS), Malaysia
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 9 time(s))