Ciri berita bernilai dalam komunikasi dakwah oleh pendakwah selebriti wanita menerusi video instagram
Muna Hajar Roslan1, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani2, Muhammad Faisal Ashaari3, Anaïs Khaldi4.
Dakwah melalui media sosial merupakan salah satu alternatif dalam mendekati dan membimbing masyarakat berkaitan ajaran Islam. Pendakwah wanita tidak ketinggalan dalam memanfaatkan medium ini untuk dakwah khasnya menerusi Instagram. Walau bagaimanapun, permasalahan utama dalam dakwah di Instagram ialah untuk mendapatkan capaian yang tinggi terhadap hantaran (posting). Salah satu cara yang digunakan untuk menarik perhatian pembaca dalam pemberitaan ialah dengan mengaplikasikan kriteria newsworthiness dalam posting. Kajian ini bertujuan mengkaji reels di Instagram pendakwah selebriti wanita berdasarkan jumlah view dan likes untuk mengkaji sejauh mana reels menepati kriteria newsworthiness. Ini adalah kajian kualitatif yang membuat analisis kandungan terhadap view dan likes kepada 25 reels daripada lima orang pendakwah selebriti wanita yang terpilih selama enam bulan berdasarkan teori Analisis Nilai Berita Diskursif oleh Bednarek & Caple. Hasil kajian mendapati kriteria tertinggi adalah human interest iaitu yang mencatatkan 26% penggunaan daripada keseluruhan 25 reels. Kedua, ialah kriteria impact dengan 23% dan ketiga adalah proximity mencakupi 20%. Kriteria timeliness mendapat 16%. Seterusnya, kriteria yang paling rendah adalah conflict dengan 15%. Kajian ini membincangkan panduan kepada pendakwah khasnya menerusi Instagram dalam usaha mendekati sasaran dakwah dengan lebih berkesan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Al-Azhar, Egypt
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 12 time(s))