View Article |
Analisis Fleiss Kappa: Evidens Kesahan Kandungan Ujian Literasi Pentaksiran Formatif Guru-Guru Subjek Asas Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Ibnatul Jalilah Yusof1, Fathin Edora Abdul Rahim2.
Ujian literasi pentaksiran formatif (ULPF) adalah merupakan instrumen baru yang dibina khusus untuk mengenalpasti dan mengukur tahap literasi pentaksiran formatif (LPF) guru-guru dalam Pendidikan Khas Vokasional. Untuk mengetahui tahap LPF guru memerlukan alat pengukuran yang jitu dari segi kesahan kandungan melalui kesahan pakar. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengesahkan instrumen ULPF melalui kesahan pakar dan keseragaman persetujuan dari pakar dengan menggunakan analisis Kappa Fleiss. Tiga pakar telah dipilih untuk mengesahkan kandungan ULPF yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengukuran dan penilaian dalam pendidikan melebihi 10 tahun dan seorang pakar daripada bidang Pendidikan Khas. Secara keseluruhan, kandungan item ULPF dikategorikan sebagai cemerlang dengan nilai kappa (k) secara keseluruhannya adalah 0.84. Manakala bagi setiap komponen pengetahuan iaitu konsep k = 0.81, prinsip k= 0.81 dan komponen kemahiran iaitu kaedah k = 0.89. Perubahan dan modifikasi juga dilakukan berdasarkan saranan dan ulasan yang diberikan oleh pakar. Kesimpulannya, berdasarkan semakan pakar dan nilai k, ULPF mempunyai kesahan kandungan yang tinggi (cemerlang) dan ianya boleh digunakan untuk mengenal pasti serta mengukur pengetahuan dan kemahiran guru terhadap pentaksiran formatif.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, 81310, Skudai, Johor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, 81310, Skudai, Johor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 13 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|