View Article |
Sorotan Literatur Bersistematik: Trend Realiti Terimbuh (AR) dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Mata Pelajaran Sains sekolah Rendah
Sani Ahmad1, Norazrena Abu Samah2.
Pembangunan pesat dunia teknologi membawa kepada perubahan di dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan. Kemunculan teknologi Realiti Terimbuh (AR) mula mendapat perhatian para pengkaji dalam menguji keberkesanannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, hanya sebilangan kecil yang mengkaji secara sistematik bagi trend penyelidikan dalam pelaksanaan AR dalam pengajaran dan pembelajaran sains khususnya di peringkat sekolah rendah. Maka, tinjauan literatur sistematik ini bertujuan bagi mengenal pasti trend AR dalam pengajaran dan pembelajaran sains dari tahun 2018-2023. Kajian literatur ini menggunakan kaedah kerangka Meta-Analisis (PRISMA). Sebanyak 404 artikel telah dikenal pasti melalui saringan daripada pangkalan data SCOPUS dan WOS. Hasil daripada saringan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan, hanya 16 artikel yang telah dipilih. Seterusnya, artikel ini telah dianalisis dan dapatan kajian dibahagikan kepada tujuh perbincangan terhadap penggunaan AR iaitu secara umum, berkaitan hasil kajian, berkaitan sumbangan kajian, berkaitan reka bentuk kajian, berkaitan instrumen kajian, berkaitan topik pembelajaran sains dan berkaitan teori dan model. Diharapkan hasil tinjauan ini dapat memberi manfaat kepada penyelidik dan warga pendidik berkaitan penggunaan teknologi terutamanya AR bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Skudai, Johor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Skudai, Johor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 10 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|