View Article |
Pendekatan Pembelajaran Kolaboratif dalam Talian bagi Pembelajaran Bahasa Melayu dan Kesannya ke atas Pencapaian Pelajar
Mohd Zulkarnain Samri1, Nurul Farhana Jumaat2.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran kolaboratif dalam talian terhadap pencapaian pembelajaran Bahasa Melayu. Rekabentuk kajian ini bersifat kuantitatif, iaitu kajian pra-eksperimental dengan satu kumpulan pra dan pasca-ujian. Proses pengumpulan data berlangsung selama empat minggu, di mana seramai 30 pelajar dipilih sebagai sampel kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui instrumen seperti aktiviti pembelajaran berasaskan kolaboratif dalam talian, soal selidik, dan ujian pra dan pasca pencapaian pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ujian penormalan, ujian-t sampel berpasangan, dan ujian korelasi Pearson, serta dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 24.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap pembelajaran kolaboratif dalam talian untuk mata pelajaran Bahasa Melayu adalah baik (min = 53.70). Selain itu, kajian juga mengesahkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pasca-ujian danpra-ujian (t = -16.669, df = 29, p < 0.05). Akhir sekali, kajian juga mendapati hubungan positif antara persepsi dan ujian pencapaian pelajar (r = 0.182, n = 30, p = .335). Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan pembelajaran kolaboratif dalam talian memberi impak positif terhadap pencapaian pelajar bagi pembelajaran Bahasa Melayu
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|