View Article |
Kepelbagaian bakteria pada cap jari kanak-kanak taska dan montessori sebelum dan selepas pendedahan terhadap teknik pembasuhan tangan yang betul
Fatin Hafizah Hassni1, Shubatra Nahenthara Raj2, Yip, Chee Wai3, Nazlina Haiza Mohd Yasin4, Nur Hazlin Hazrin Chong5, Wan Syaidatul Aqma6, Norefrina Shafinaz Md Nor7.
Bakteria patogen hadir dan boleh berjangkit melalui pelumusan tangan dalam kalangan kanak-kanak di taska dan montessori. Keadaan ini berpotensi menyebabkan jangkitan bakteria kronik, justeru telah menimbulkan kebimbangan dari segi isu kesihatan awam kanak-kanak di Malaysia. Kaedah mencuci tangan dengan betul dapat mengurangkan risiko jangkitan bakteria melalui sentuhan langsung. Kajian ini telah direka dengan mengambil kira faktor umur dan jantina terhadap kepelbagaian bakteria pada cap jari kanak-kanak sebelum dan selepas mencuci tangan dengan sabun. Tiga taska dan montessori di kawasan Bangi, Selangor telah dipilih bagi pendedahan terhadap modul pembasuhan tangan yang betul. Persampelan cap ibu jari kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun dilakukan pada agar nutrien bagi menunjukkan kepada peserta kesan pembasuhan tangan terhadap baketeria sebelum dan selepas pembasuhan tangan. Ujian biokimia dan penjujukan 16S rDNA dilakukan untuk pengenalpastian spesies pencilan. Antara spesies yang dipencilkan adalah Staphylococcus aureus, S. epidermidis, Bacillus cereus, Listeria monocytogenes dan L. welshimeri. Hasil kajian mendapati kepelbagaian bakteria pada cap jari kanak-kanak perempuan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki namun kepelbagaian bakteria berdasarkan umur tidak menunjukkan corak yang jelas antara ketiga-tiga tadika yang disampel. Justeru, pendidikan tentang teknik cucian tangan yang betul dalam kalangan kanak-kanak adalah penting bagi mengurangkan jangkitan serta penyebaran bakteria tersebut di dalam persekitaran pusat asuhan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|