View Article |
TEKANAN DAN KONFLIK KERJA-KELUARGA SEBAGAI FAKTOR PERAMAL KEPADA KEPUASAN HIDUP JURURAWAT
NUR AMIERAH CHE NASRUN1, R ZIRWATUL AIDA R IBRAHIM2, MAZIDAH MOHD DAGANG3.
Kepuasan hidup ialah persepsi seseorang tentang kehidupan sekarang dan kehidupan yang akan dilaluinya pada masa akan datang. Literatur menunjukkan bahawa tekanan dan konflik kerja-keluarga mempengaruhi kepuasan hidup pekerja dalam organisasi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor tekanan dan konflik kerja-keluarga sebagai peramal kepada kepuasan hidup jururawat daripada sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan. Dengan menggunakan pensampelan rawak mudah, terdapat 226 responden yang terdiri daripada 68 orang jururawat lelaki (28.9%) dan 159 orang jururawat perempuan (67.7%). Responden telah diberikan soal selidik berkaitan dengan tekanan, konflik kerja-keluarga dan kepuasan hidup melalui pautan Google Form. Ketiga-tiga pemboleh ubah ini diukur menggunakan tiga instrumen, iaitu Perceived Stress Scale-14 (PSS-14), Work-family Conflict Scale (WAFCS) dan Satisfaction with Life Scale (SWLS). Dapatan analisis korelasi menunjukkan tekanan dan konflik kerja-keluarga mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan kepuasan hidup, yakni nilai r masing-masing ialah (r = -0.069, p < 0.05) dan (r = -0.150, p < 0.05). Seterusnya, dapatan analisis regresi berganda mendapati hanya konflik kerja-keluarga yang mempunyai kesan negatif signifikan terhadap kepuasan hidup jururawat di salah sebuah hospital di Kelantan (β = -0.150, p < 0.05). Hasil daripada kajian ini dijangka akan menyumbang kepada literatur yang berkaitan dengan bidang. Selain itu, kajian ini dapat memberikan manfaat kepada organisasi bagi meningkatkan kepuasan hidup pekerjanya dengan memastikan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan bebas daripada tekanan serta konflik.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|