View Article |
PENGARUH IKLIM UNIVERSITI TERHADAP PRESTASI AKADEMIK DAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
SITI FATIMAH MOHAMMAD AFANDI1, YULITA2.
Iklim universiti merujuk persepsi yang dikongsi bersama berkaitan dengan polisi, amalan, dan prosedur dalam persekitaran sesebuah universiti. Iklim universiti mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap hasil pembelajaran dan tingkah laku pelajar, namun, kesan secara serentak masih lagi dikaji secara berasingan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji peranan iklim universiti terhadap prestasi belajar dan tingkah laku prososial melalui sokongan belajar, semangat belajar, dan motivasi prososial. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif diari pelbagai tahap dan dianalisis menggunakan perisian Hierarchical Linear Modeling (HLM) versi 8.0. Data dikumpul daripada 76 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (76 responden * 2 minggu * 3 hari = 456 data diari) dengan enam set soal selidik diari yang telah dilengkapkan dalam tempoh dua minggu. Analisis menunjukkan iklim universiti mempunyai hubungan yang signifikan dengan sokongan belajar harian manakala sokongan belajar harian mempunyai hubungan yang signifikan dengan semangat belajar harian serta motivasi prososial harian. Dalam kaitannya dengan analisis penengah, hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara iklim universiti dengan semangat belajar harian dan juga antara iklim universiti dengan motivasi prososial harian melalui sokongan belajar harian. Tambahan lagi, semangat belajar harian menjadi penengah hubungan antara sokongan belajar harian dengan prestasi belajar harian manakala motivasi prososial harian menjadi penengah hubungan antara sokongan belajar harian dengan tingkah laku prososial harian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan peranan iklim universiti yang sangat penting sebagai faktor penentu bukan sahaja terhadap peningkatan prestasi belajar, tetapi juga turut menyumbang kepada tingkah laku prososial.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|