View Article |
Pembangunan pengukuran myprestasi berdasarkan anugerah kualiti kebangsaan Malcolm Baldrige (MBNQA): kesahan dan kebolehpercayaan menurut model Rasch
Nur Riza Mohd Suradi1, Mohammad Fairuz Mohd Nasir2, Wan Rosmanira Ismail3.
Instrumen MyPrestasi bagi memantau dan mengukur prestasi organisasi dalam sektor awam di Malaysia telah dibangunkan dengan merujuk kepada kriteria Anugerah Kualiti Kebangsaan Malcolm Baldrige (MBNQA). Tujuh kriteria MBNQA iaitu Kepimpinan, Strategi, Pelanggan, Pengukuran, Analisis dan Pengurusan Pengetahuan, Tenaga Kerja, Operasi dan Keberhasilan menjadi konstruk instrumen pengukuran prestasi organisasi. Kajian ini melibatkan 100 responden pegawai awam persekutuan daripada kategori Pengurusan dan Profesional Gred 41 sehingga Gred 54. Tiga jenis analisis khusus menggunakan pengukuran model Rasch telah digunakan untuk menilai kesemua tujuh konstruk melibatkan 28 item dalam instrumen MyPrestasi. Nilai infit dan outfit MSNQ bagi lima konstruk MyPrestasi didapati mematuhi nilai julat yang ditetapkan. Manakala, dua item iaitu ST4 dan RT4 dalam konstruk Strategi dan Keberhasilan digugurkan dari instrumen MyPrestasi disebabkan terkeluar daripada julat MNSQ. Analisis Korelasi Pengukuran Titik Item bagi kesemua item juga menunjukkan nilai yang positif. Hasil kajian mencadangkan MyPrestasi dengan 26 item sebagai instrumen yang jitu, sah dan boleh dipercayai untuk mengukur prestasi organisasi dalam sektor awam.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|