View Article |
Sifat fizikal dan kajian in vitro tablet matriks pelepasan tertahan ketoprofen
Ibrahim Ijang1, Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin2, Bukhori Abu Bakar3.
Penggunaan formulasi tablet pelepasan tertahan untuk dadah anti-inflamatori bukan steroid (DAIBS) seperti aspirin berupaya melindungi lapisan perut dari kesan buruk jus asid tubuh. Kajian ini dilakukan untuk menilai keberkesanan formulasi tablet matriks pelepasan tertahan dengan kepelbagaian kepekatan polimer bersama ketoprofen sebagai model. Tablet dibangunkan dengan menggunakan kaedah granulasi basah yang terdiri daripada polimer hidrofilik (hidroksipropil metilselulosa), polimer hidrifobik bersandar pada pH (Eudragit L100-55) dan polimer tak bersandar pada pH (Eudragit R100) sebagai bahan asas pembentukan matriks pada kepekatan 10, 20 dan 30%b/b. Semua formulasi dimampatkan dengan menggunakan mesin pentabletan yang mempunyai penebuk berbentuk cembung bersaiz 10 mm. Tablet yang terhasil diuji daripada segi keseragaman berat, kekerasan, kerapuhan, ketebalan, peratus kandungan dadah dan kajian pelepasan in vitro menggunakan kaedah BP 2007. Hasil menunjukkan kadar pelepasan dadah dikawal oleh jenis dan kepekatan polimer di dalam formulasi matriks. Secara umumnya peningkatan kepekatan kandungan polimer di dalam tablet matriks didapati mengurangkan kadar pelepasan dadah. Perbandingan polimer melalui kepekatan yang sama menggunakan t50%, pula mendapati terdapat perbezaan statistik bermakna (p<0.05) pada kadar pelepasan dadah. Berdasarkan kepada pelepasan dadah dalam kajian in vitro, polimer hidrofobik bersandar pada pH (Eudragit L100-55) menunjukkan profil pelepasan dadah secara tertib sifar yang terbaik berbanding polimer yang lain.
Affiliation:
- Malaysia Nuclear Agency, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|