View Article |
Penilaian isiko radiologi bahan binaan konkrit di Semenanjung Malaysia
Aznan Fazli Ismail1, Amran Ab. Majid2, Muhamad Samudi Yasir3, Redzuwan Yahaya4, Ismail Bahari5.
Penggunaan bahan binaan yang mengandungi bahan radioaktif tabii (NORM) yang tinggi boleh meningkatkan kadar dos dedahan kepada penghuni di dalam sesebuah bangunan. Kebimbangan terhadap impak radiologi kepada penghuni menyebabkan perlunya dilakukan penilaian hazard radiologi yang berpunca daripada bahan binaan. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan aras keradioaktifan tabii dalam bahan binaan di Malaysia serta menilai risiko radiologi yang diterima oleh penghuninya. Sebanyak 46 sampel pasir, 43 sampel kerikil dan 13 sampel simen Portland telah dianalisis menggunakan sistem spektrometri sinar gama. Hasil kajian mendapati kepekatan aktiviti bagi ketiga-tiga sampel bahan binaan berada pada julat 4.4 Bq kg-1 hingga 354.9 Bq kg-1, 2.4 Bq kg-1 hingga 263.9 Bq kg-1 dan 15.1 Bq kg-1 hingga 1931.7 Bq kg-1 bagi masing-masing 226Ra, 232Th dan 40K. Pengiraan kadar dos dedahan dalam bangunan mendapati semua sampel menghasilkan dos di bawah nilai 1500 μSv tahun-1, iaitu jumlah had dos yang disyorkan bagi bahan binaan. Hasil analisis ke atas nilai indeks aras perwakilan sinar gama, indeks hazard luaran dan indeks hazard dalaman mendapati sebahagian sampel memberikan bacaan melebihi nilai satu, iaitu had yang ditetapkan bagi bahan binaan. Penilaian risiko radiologi kepada penghuni dengan menggunakan kod komputer Resrad-Build mendapati kadar dos dedahan yang berpunca daripada simen Portland, pasir dan batu kerikil meningkat pada setiap tahun sepanjang tempoh 50 tahun.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|