View Article |
Fotoelektrod tungsten trioksida terdop nikel untuk tindak balas pembelahan air fotoelektrokimia
Ng, Kim Hang1, Lorna Jeffery Minggu2, Mohammad Hafizuddin Haji Jumali3, Mohammad Bin Kassim4.
Tungsten trioksida (WO3) merupakan salah satu fotomangkin yang berpotensi dalam aplikasi penjanaan gas hidrogen daripada tindak balas pembelahan air. Dalam kajian ini, pelbagai komposisi filem nipis WO3
terdop nikel dihasilkan pada kaca stanum(IV) oksida terdop fluorin (FTO) dengan menggunakan asid tungstik dan nikel(II) asetat sebagai bahan pemula. Selepas disepuhlindap pada 500°C selama 30 min, sampel filem nipis ini dicirikan dengan menggunakan SEM, XRD, spektrofotometer UV-Vis serta analisis fotoelektrokimia (PEC). WO3 terdop nikel mempunyai saiz zarah yang lebih besar berbanding sampel WO3 tulen dan mempunyai struktur hablur monoklinik. Jurang tenaga WO3 terdop nikel yang dianggarkan daripada spektrum UV-Vis dengan menggunakan formula Tauc adalah lebih kecil berbanding jurang tenaga bagi WO3 tulen. Ujian aplikasi PEC di bawah sinaran lampu xenon menunjukkan kecekapan penghasilan gas hidrogen oleh filem WO3 terdop nikel yang digunakan sebagai fotoanod telah dipertingkatkan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|