View Article |
Impak kerja pembinaan baru terhadap bangunan sekitar: kajian keretakan bangunan di Pusat Bandar Puchong, Selangor
Noor, Z.M1, Che-Ani, A.I2, Tahir, M.M3, Abdullah, N.A.G4, Surat, M5.
Kebelakangan ini, terdapat beberapa buah kes aduan tentang impak kerja pembinaan
terhadap fizikal bangunan sekitar dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Sehubungan itu, kajian dijalankan terhadap sebuah kes aduan yang diterima oleh salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada pemilik-pemilik bangunan di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor tentang impak kerja pembinaan baru berhampiran terhadap fizikal bangunan mereka. Hasil kajian mendapati wujud hubung kait antara kerja-kerja pembinaan baruberhampiran yang dijalankan dengan fizikal bangunan-bangunan kajian terlibat. Walau bagaimanapun, sama ada impak kerja pembinaan baru tersebut ialah punca primer atau sekunder terhadap keretakan bangunan yang berlaku pada bangunan-bangunan kajian adalah sukar ditentukan. Oleh itu, dicadangkan MPSJ khususnya dan PBT amnya mewujudkan satu garis panduan di peringkat tempatan iaitu bagi setiap pembinaan baru yang akan dijalankan mestilah dilakukan terlebih dahulu pemeriksaan terhadap keadaan bangunan-bangunan sedia ada di sekitarnya. Laporan keadaan bangunan tersebut dapat diguna pakai sekiranya berlaku dakwaan daripada pemilik-pemilik bangunan sekitar terbabit tentang impak kerja pembinaan baru berhampiran terhadap fizikal bangunan mereka.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|