View Article |
Pembongkaran petempatan kampung air di Pulau Borneo: kajian kes Kota Kinabalu, Sabah
Amaluddin Bakeri1, Mohammad Raduan Mohd Ariff2.
Petempatan kampung air merupakan bentuk petempatan tradisi yang lumrah terdapat di sebahagian besar pinggir pantai, pulau-pulau dan muara-muara sungai Pulau Borneo amnya dan negeri Sabah khasnya. Semasa keagungan kerajaan-kerajaan maritim sebelum abad ke-19, petempatan kampung air adalah bekas kota-kota yang menjadi pusat pentadbiran dan perekonomian sesebuah kerajaan maritim tersebut. Petempatan tersebut kemudiannya musnah akibat penjajahan kuasa-kuasa barat dan peranannya berubah daripada sebuah petempatan pusat kepada petempatan terpinggir.
Pada masa kini, kebanyakan petempatan kampung air telah dianggap sebagai kawasan setinggan yang bermasalah. Ia juga dikatakan sebagai kawasan black area yang sering dikaitkan dengan pelbagai kegiatan jenayah antaranya termasuklah penyeludupan, perjudian, dadah dan pelacuran. Petempatan kampung air juga menjadi punca kepada berlakunya masalah pencemaran air sungai atau laut. Ini kerana sampah sarap dan sisa kumbahan penduduk dibuang terus ke sungai atau laut yang kemudiannya menghadirkan bau yang busuk serta pemandangan kurang menyenangkan. Dalam pada itu pembinaan rumah-rumah yang terlalu padat dan sesak telah mendedahkan petempatan kampung air kepada bahaya kebakaran. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 658 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|