View Article |
Legitimasi politik: pengenalan kepada kepelbagaian takrifan
Pandian, Sivamurugan1.
Legitimasi merupakan perkataan yang semakin hari banyak digunakan di dalam konteks sains politik mahupun sosiologi politik. Takrifan ke atasnya sudahpun wujud berabad lamanya tetapi penekanan ke atasnya hanyalah kelihatan kebelakangan ini sehingga seolah-olah menjadi satu ikon apabila membincangkan senario politik atau kepimpinan seseorang pemimpin. Legitimasi merupakan tunggak kekuatan sesuatu pentadbiran politik terutamanya di dalam suasana peralihan kepimpinan ataupun penerusan sesuatu kepimpinan terutamanya di peringkat arus politik perdana. Kehadiran legitimasi akan membolehkan struktur kepimpinan sesebuah negara terus stabil walaupun ada cabaran serta batasan tertentu yang akan mengganggu proses pentadbiran negara. Di kalangan negara-negara membangun, legitimasi politik penting untuk memastikan proses warisan kepimpinan tidak dicakari dengan insiden rusuhan, demonstrasi mahupun penggulingan kuasa. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 682 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|