View Article |
Masalah sosial di bandar Semenanjung Malaysia: tinjauan daripada perspektif masyarakat Malaysia
Haris Abd. Wahab1.
Masalah sosial merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku dalam masyarakat hari ini. Setiap hari kita dapat melihat di kaca televisyen dan suratkhabar pendedahan mengenai pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku dalam masyarakat. Masalah jenayah dan salah laku yang berlaku dalam masyarakat menarik perhatian awam dan menjadi bahan perbahasan politik semasa. Orang awam berada dalam keadaan khuatir dan gelisah terhadap bahaya dan kesan salah laku sosial dalam masyarakat serba moden yang mengutamakan individualisme dan materialisme dalam kehidupan mereka.
Masalah sosial mempunyai pengertian yang luas, is bukan hanya mencakup permasalahan kemasyarakatan tetapi juga yang mencakupi permasalahan dalam masyarakat yang berkaitan dengan gejala-gejala abnormal dalam kehidupan masyarakat. Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. Sosial pula adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu, masalah sosial boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian bagi keadaan yang menimbulkan kesulitan kepada sesebuah masyarakat. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 953 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|