Kawasan perdagangan bebas (FTA) ASEAN-China: impak ke atas ekonomi ASEAN dan Malaysia
Mohamed Aslam1.
Pada tahun 1990, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Sri Dr Mahathir Mohamed telah mencadangkan penubuhan Perkumpulan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Group ringkasnya EAEG yang merangkumi ASEAN, Negara China, Korea Selatan dan Jepun. Malangnya cadangan tersebut telah gagal disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu. Bagaimanapun keinginan Malaysia untuk mewujudkan EAEG dengan keanggotaan Negara yang sama telah dipertimbangkan semula dengan serius pada tahun 1999. Dalam tahun tersebut ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan telah bersetuju untuk menubuhkan suatu gagasan yang dikenali sebagai ASEAN + 3 (AP3).
Terdapat beberapa sebab munculnya minat untuk menubuhkan AP3, pertama, untuk meningkatkan kerjasama demi mewujudkan kestabilan ekonomi di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur. Kerjasama tersebut amat perlu kerana dijangkakan pada waktu itu kesan krisis matawang dan kewangan mungkin berpanjangan dan jugs dijangkakan ekonomi dunia akan mengalami kemerosotan dalam tahun 2000. Keduanya AP3 penting terutamanya kepada ASEAN dari segi menghadapi kemungkinan kesan ekonomi negatif dari perkembangan ekonomi negara China. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 714 time(s))