Nasionalis atau komunalis: Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi dalam sejarah moden India
Rajantheran, M1, Md. Afandi Awang2.
Persoalan komunalisme di India adalah satu persoalan besar yang sukar diatasi. Persoalan ini dapat jejaki lebih kurang seratus tahun sebelum India mencapai kemerdekaan. Peperangan kemerdekaan India pertama ini, dianggap sebagai titik tolak bercambahnya fahaman ini. Pada peperangan tersebut, orang Hindu dan Islam dalam pasukan tentera British, bangun memberontak terhadap ketua mereka dan kemudian merebak menjadi satu penentangan massa terhadap penjajah British supaya keluar dari India. British berjaya menundukkan pemberontakan tersebut, dan selepas itu menyaksikan pemerintahan British di India, bercorak "pecah-perintah" dan secara halus melaga-lagakan antara Hindu dan Muslim. Dengan dasar seperti ini, pemerintahan mereka di India terus berlanjutan hingga 100 tahun kemudian. Walaupun India telah merdeka namun isu-isu komunalisme tidak segera padam.
Komunalisme yang sering membawa pertumpahan darah, merupakan mimpi ngeri bagi sebahagian besar penduduk India yang rata-rata di bawah paras kemiskinan. Akibat daripada komunalisme, rusuhan antara penduduk beragama berlaku dan mengakibatkan kehilangan nyawa, harta benda, persahabatan, hubungan kejiranan, harga din dan hilangnya kepercayaan antara satu sama lain, merentasi pertimbangan waras keturunan dan agama. Walaupun komunalisme dianggap buruk dan tidak beradab, pada realitinya, ia digunakan sebagai senjata bagi menimbulkan kekacauan supaya kepentingan pihak kelas atasan Hindu tidak terganggu gugat. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 644 time(s))