Survival ekonomi wanita dalam komuniti setinggan
Jalihah Md Shah1.
Pembangunan sesebuah bandar acapkali menjadi pemangkin terpanggilnya kumpulan manusia untuk merentasi sempadan daerah, negeri malah negara untuk melakukan penghijrahan. Dalam konteks Sabah, proses migrasi juga rancak digerakkan oleh imigran dan Filipina dan Indonesia selain daripada proses penghijrahan dalaman negeri ini sendiri. Pergerakan masuk kumpulan pendatang pula mengalami peningkatan darsawara kebelakangan ini. Misalnya tahun 2000, jumlah imigran di Sabah seramai 614, 824 yang memperlihatkan pertambahan sebanyak 103, 273 orang berbanding tahun 1990. Mereka ini mewakili 23.6 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri Sabah (Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2001). Kebanjiran pendatang asing ini seperti yang disabitkan oleh Dayang Suria (2000) mempunyai kaitan dengan kemunculan kawasan setinggan di negeri ini. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 631 time(s))