Zon pesisiran pantai: penjana pertumbuhan ekonomi Malaysia
Loganathan, Nanthakumar1, Syahrin Said2.
Pertumbuhan ekonomi sering dikaitkan dengan kewujudan sumber dan etika pengurusannya. Namun, dikebanyakan negara membangun mahupun sedang membangun, khususnya negara-negara dunia ketiga, sumber menjadi elemen utama pertumbuhan ekonomi mahupun prasarana sosial. Terdapat pelbagai persoalan yang terbayang dalam minda seseorang apabila membincangkan konsep pesisiran pantai. Laut, paya bakau, pelancongan, perikanan, masyarakat nelayan, kemiskinan dan pelbagai persoalan akan bermain dalam pemikiran seseorang apabila konsep pesisiran pantai diutarakan.
Namun pada hakikatnya, ke semua persepsi dan tanggapan tersebut hanya satu pandangan yang sempit serta tidak menyeluruh berhubung konsep zon pesisiran pantai secara global. Walaupun pada dasarnya hampir 70 peratus dan permukaan bumi diliputi lautan, namun is tidak mampu diurus dengan efisien akibat dan kerakusan manusia mengejar kekayaan sumber alam yang sering diperkatakan. Kini, sumber petroleum di Kutub Utara sekalipun sudah mula dikenalpasti sebagai lokasi penerokaan sumber utama bagi beberapa buah negara maju. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 684 time(s))