Peranan tanaman padi dalam pembangunan pertanian di Malaysia: analisis sejarah dan kontemporari
Mohammed Halib1.
Kemasukan kapital pada awal abad ke-20 telah merombak struktur masyarakat tempatan. Pengeluar-pengeluar telah gagal menikmati sepenuhnya hasil titik-peluh mereka disebabkan oleh tindak tanduk orang-orang yang mempengaruhi pasaran. Perhubungan sosial yang tidak seimbang ini telah berterusan dan menjadi lebih ketara di kebelakangan ini. Langkah-langkah untuk memodenkan kaum tani terutamanya di era pasca kolonial telah meningkatkan lagi jurang sosial dan menggugat landasan material kelas pengeluar. Kewujudan kelas-kelas yang mengaut lebihan dari kaum tani akan terus mencambahkan kemunduran dan kemiskinan. Daya usaha untuk membangunkan pertanian melalui perubahan terancang wajar mengambil kira proses-proses sejarah material setempat, hubungan kelas, dan peranan negara. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- Universiti Teknologi PETRONAS, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 718 time(s))