View Article |
Amalan optometris di praktis swasta sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang: satu kajian awal
Norhani Mohidin1, Anisah Hashim2.
Kajian soal selidik ini dijalankan untuk meninjau amalan optometris dipraktis swasta sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Borang yang disediakan merangkumi soalan mengenai peralatan yang terdapat di premis swasta, perkhidmatan yang disediakan, pemeriksaan mata yang dilakukan serta pengurusan pesakit, kegagalan mereka melakukan pemeriksaan komprehensif, penglibatan optometris dalam komuniti dan pendapat mereka terhadap tugas optometris sebagai pengamal kesihatan mata primer. Soal selidik diedarkan kepada 100 orang optometris berdaftar yang bekerja di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Seramai 64 orang optometris memberikan respons dan mengembalikan soal selidik yang dihantar kepada mereka, tetapi 3 daripadanya terpaksa disingkirkan kerana maklumat yang tidak lengkap. Hasil kajian mendapati hampir semua praktis menyediakan peralatan yang cukup untuk perkhidmatan optometri melainkan alat tonometer dan alat mengukur medan penglihatan. Seramai 44% daripada optometris mengamalkan pemeriksaan mata komprehensif dan jika perlu merujuk pesakit untuk pemeriksaan lanjutan. Optometris yang tidak melakukan pemeriksaan mata komprehensif memberi sebab kekurangan peralatan dan kehendak klien yang ingin pemeriksaan yang cepat. Kesimpulannya prakstis swasta menyediakan hampir kesemua peralatan yang diperlukan oleh optometris untuk berfungsi sebagai pengamal kesihatan mata primer, tetapi hanya 44% melakukan pemeriksaan komprehensif. Optometris di praktis swasta perlu mempraktikkan segala kemahiran klinikal dan ilmu yang dipelajari serta memainkan peranan penting mendidik orang ramai dalam usaha untuk meningkatkan penjagaan kesihatan mata primer masyarakat.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Hospital Tuanku Mizan, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|