View Article |
Development and acceptance of a nutrition and lifestyle education booklet to improve mild cognitive impairment among elderly
Sa’ida Munira Johari1, Suzana Shahar2, Roslee Rajikan3, Safiyyah A. Aziz4.
Kegagalan kognitif ringan (MCI) sering berlaku di kalangan warga tua dan boleh menyebabkan dementia. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah buku kecil bagi menerapkan modifikasi amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat bagi melambatkan kemerosotan fungsi kognitif. Suatu siri perbincangan dengan kumpulan penyelidikan yang terdiri daripada dietitian, ahli pemakanan, geriatrik dan perubatan dijalankan bagi menentukan kandungan, grafik dan reka bentuk buku kecil ini. Terdapat tujuh panduan dalam buku kecil ini iaitu; perbanyakkan makan ikan, tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan asid folik, tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, bersenam selalu, lakukan aktiviti bagi merangsang daya ingatan, elakkan merokok dan minuman beralkohol serta sentiasa ceria dan positif. Penilaian penerimaan dari segi kandungan, grafik dan reka bentuk dijalankan terhadap warga tua dan kakitangan kesihatan di Klinik Kesihatan Cheras. Penilaian ini melibatkan 15 warga tua Melayu berumur 60 hingga 81 tahun (min umur 66.1 ± 6.6 tahun), iaitu 60.0% lelaki dan 40.0% perempuan. Seramai 10 orang kakitangan kesihatan berumur 36.6 ± 12.0 tahun, dengan julat umur 27 ke 58 tahun, terdiri daripada 20% lelaki dan 80% perempuan turut terlibat. Kebanyakan subjek warga tua (80.0%, n = 12) menyatakan bahawa mereka memahami kandungan buku kecil tersebut. Sementara itu, 20.0% (n = 3) subjek warga tua menyatakan mereka tidak memahami kandungan buku kecil dari aspek ayat dan istilah. Kesemua kakitangan kesihatan (100.0%) memahami maklumat dalam buku kecil. Buku kecil ini diterima baik oleh subjek warga tua Melayu dan kakitangan kesihatan, walau bagaimanapun mereka mencadangkan supaya lebih banyak gambar rajah dimuatkan, struktur ayat dipermudahkan serta istilah saintifik dikurangkan bagi meningkatkan pemahaman. Buku kecil ini berpotensi dalam meningkatkan pengetahuan pemakanan dan kesihatan warga tua terutamanya yang mengalami MCI dan memotivasi mereka untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat, seterusnya menurunkan kemerosotan fungsi kognitif dan mencegah dementia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|