View Article |
Job satisfaction among Malaysian pharmacists
Janahiraman, Sivakami1, Paraidathathu, Thomas2.
Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap kepuasan kerja di kalangan ahli-ahli farmasi di Malaysia. Borang soalselidik yang dibina berdasarkan kajian lepas telah dikirim kepada 1700 ahli farmasi. Penelitian respons dari 405 ahli farmasi yang memberikan respon menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja dengan umur, jawatan dan pendapatan bulanan. Ahli farmasi dalam lingkungan umur 26 hingga 35 tahun pula kurang berpuas dengan kerja masing-masing berbanding dengan ahli farmasi yang lain. Pendapatan sebulan melebihi RM 8000 dan peluang kenaikan pangkat dalam suatu organisasi jelas menunjukkan kadar kepuasan kerja yang tinggi di kalangan ahli farmasi. Sektor pekerjaan dan tempoh perkhidmatan tidak mempunyai kesan terhadap kepuasan kerja. Hasil penelitian menunjukkan faktor motivator dan faktor hygiene mempunyai pengaruh signifikan terhadap kepuasan kerja manakala tekanan kerja menyumbang ke arah ketidakpuasan kerja. Keputusan kajian menyokong teori Herzberg yakni faktor motivator lebih penting daripada faktor hygiene dalam memberikan kepuasan kerja. Kajian ini menunjukkan lebih daripada 50% responden hanya mempunyai sekurang-kurangnya kepuasan kerja yang sederhana. Walau bagaimanpun, langkah-langkah sewajarnya boleh diambil bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan kerja di kalangan ahli-ahli farmasi di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|