View Article |
Review of X-ray phase contrast imaging techniques and propagation based imaging using a benchtop microfocal source
Bradley, David1, Gundogdu, Ozcan2, Jenneson, Paul3, Nirgianaki, Eleftheria4, Elna Herawati Che Ismail5.
Pada masa ini, asas dalam radiografi sinar-X klinikal piawai adalah penyerapan, menjejaki pengecilan sinaran apabila bim sinar-X melepasi suatu anggota badan tertentu. Proses interaksi asas adalah bergantung kepada variasi dalam nombor atom dan ketumpatan medium sasaran; akibatnya kontras radiograf boleh menjadi lemah, terutamanya untuk pengimejan tisu lembut. Beberapa tahun kebelakangan ini banyak usaha telah ditumpukan dalam penggunaan ciri fasa medan sinar-X untuk meningkatkan kontras radiografi dalam keadaan yang mencabar, terutamanya yang berkait dengan pengimejan tisu lembut. Surrey adalah salah sebuah daripada bilangan institut yang semakin bertambah dalam mana suatu program penyelidikan pengimejan sinar-X kontras fasa telah diwujudkan. Kami dengan ringkas mengkaji semula beberapa idea asas dalam pengimejan sinar-X kontras fasa dan kemudiannya menyelidiki penonjolan kontras radiografi yang dapat diperolehi, kegunaan perambatan ruang bebas yang digunakan dan menyelidiki beberapa objek kajian termasuk sampel biologi. Peralatan yang digunakan di Surrey adalah secara relatifnya mudah, mengandungi tiub sinar-X di atas bangku dengan saiz titik fokus dari beberapa mikron hingga 100 mikron dan pengesan CCD 12 bit yang sensitif kepada kedudukan.
Affiliation:
- University of Surrey, United Kingdom
- University of Surrey, United Kingdom
- University of Surrey, United Kingdom
- University of Surrey, United Kingdom
- University of Surrey, United Kingdom
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|