View Article |
Kajian rintis tentang kesedaran bidang psikologi klinikal di kalangan ahli perubatan dan sains kesihatan di Malaysia
Ng, Lai Oon1.
Pengkhususan psikologi klinikal dalam bidang psikologi ialah satu bidang iktisas klinikal yang amat diperlukan dari segi rawatan kecelaruan mental, masalah tingkah laku dan juga pembelajaran. Bidang psikologi klinikal kini telah diterima di dalam sistem kesihatan di negara-negara barat umpamanya dalam perkhidmatan kesihatan mental dan sistem pendidikan. Di Malaysia, psikologi klinikal ialah satu konsep yang baru dan belum diterima oleh sistem perubatan dan kesihatan secara amnya. Kajian rintis ini melihat tahap kesedaran 199 orang Ahli Perubatan dan Sains Kesihatan tentang psikologi klinikal. Hasil kajian ini mendapati bahawa hanya 13.6% daripada responden sahaja yang mempunyai pengetahuan asas tentang psikologi klinikal. Kesedaran tentang psikologi klinikal sebagai bidang iktisas klinikal di kalangan Ahli Perubatan dan Ahli Sains Kesihatan masih kurang. Kefahaman tentang faedah psikologi klinikal dalam rawatan perubatan dan kesihatan tidak mencukupi di kalangan ahli perubatan dan perkhidmatan kesihatan. Keperluan untuk meningkatkan kesedaran psikologi klinikal sebagai profesyen klinikal dan juga sebagai satu disiplin sains kesihatan kini sangat penting kerana perkhidmatan psikologi klinikal dapat membantu dalam menyempurnakan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Implikasi hasil kajian ini ialah mengenai perlunya peningkatan kesedaran tentang bidang psikologi klinikal.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|