View Article |
Pengendalian disfagia oleh patologis pertuturan-bahasa di Malaysia
Sharma, Shobha1, Haryani Harun2, Rahayu Mustaffa Kamal3, Srinovianti Noerdin4.
Kajian mengenai pengendalian disfagia atau masalah penelanan ini dijalankan ke atas 72 Patologis Pertuturan-Bahasa (PPB) di Malaysia yang diketahui alamatnya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik dan bertujuan untuk mengenalpasti corak pengendalian masalah penelanan oleh PPB di Malaysia dengan mengenalpasti peratusan PPB di Malaysia yang pernah mengendalikan masalah penelanan, anggaran pesakit, kaedah penilaian dan teknik terapi, penglibatan ahli profesional yang lain dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keyakinan PPB dalam mengendalikan disfagia. Seramai 44 orang PPB (61.1%) telah mengembalikan borang soal selidik dan didapati separuh daripada PPB yang menyertai kajian ini pernah mengendalikan masalah penelanan. Dianggarkan sebanyak 5% (430 daripada 8268) pesakit yang dirujuk kepada PPB mengalami masalah penelanan. Ujian penilaian dan terapi yang kerap dijalankan oleh PPB dalam mengendalikan masalah penelanan ini adalah pemeriksaan oro-motor (100%) dan teknik kompensatori (77.3%). Pakar bedah saraf merupakan ahli profesional yang paling banyak membuat rujukan pesakit yang bermasalah penelanan kepada PPB (59.1%) manakala pakar telinga, hidung dan tekak paling banyak menerima rujukan daripada PPB (50%). Dengan menggunakan kaedah khi kuasa dua, didapati latihan klinikal yang diterima semasa pra/pascasiswazah berkenaan disfagia mempengaruhi tahap keyakinan PPB dalam pengendalian masalah tersebut (χ2 = 10.063 dengan nilai p = 0.007).
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Hospital Pakar Kuantan, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|