View Article |
Perbandingan pelbagai kaedah pengekstrakan air Labisia pumila var. alata
Jamia Azdina Jamal1, Azmira Akmal Sateri2, Khairana Husain3, Ibrahim Jantan4, Mohd. Shahidan Mohamad Arshad5.
Air rebusan Labisia pumila var alata digunakan secara tradisional dalam persalinan serta untuk merawat kembung perut, cirit-birit, sakit akibat haid dan sakit-sakit sendi. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kaedah terbaik dan parameter optimum pengekstrakan air ke atas daun dan akar spesies ini. Kaedah makmal yang digunakan ialah maserasi, rebusan, refluks dan Soxhlet, sementara parameter yang dikaji ialah suhu, jangka masa dan pH pengekstrakan. Analisis hasil ekstrak dan profil kromatografi lapisan nipis dilakukan pada ekstrak terkering-beku yang terhasil. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa secara umumnya peratus ekstrak larut-air adalah lebih tinggi bagi bahagian akar daripada daunnya, serta bagi ekstrak yang dihasilkan dengan pemanasan daripada yang terhasil pada suhu bilik. Parameter pengekstrakan air yang paling efektif bagi L. pumila var alata adalah seperti berikut: maserasi (25 C, sekurang-kurangya 6 jam), rebusan secara terbuka (60 C, tidak melebihi 10 minit) dan refluks (100 C, tidak melebihi 4 jam). Kaedah Soxhlet didapati paling kurang efektif. Analisis perbandingan pH pengekstrakan pula menunjukkan kemungkinan berlaku degradasi pada sebahagian sebatian fitokimianya pada nilai pH lampau iaitu pH 1, 2 dan 14.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|