View Article |
Pengetahuan pengurusan berat badan di kalangan wanita bekerja di Kuala Lumpur
Poh, B.K1, Sia, P.H2, Norimah A. Karim3, Mohd Ismail Noor4.
Prevalens obesiti dan kesedaran mengenai imej tubuh sedang meningkat dan ramai wanita cuba melangsingkan tubuh badan melalui pelbagai kaedah. Artikel ini melaporkan tahap pengetahuan mengenai pengurusan berat badan di kalangan wanita bekerja yang berumur 30 - 45 tahun di Kuala Lumpur. Responden merangkumi 131 guru sekolah dan 122 kakitangan awam. Ukuran antropometri yang dilakukan termasuk berat badan dan ketinggian; manakala tahap pengetahuan pengurusan berat badan dinilai melalui borang soalselidik. Responden terdiri daripada 64% Melayu, 26% Cina dan 10% India dengan min umur 38.3 ± 4.6 tahun. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut indeks jisim tubuh (IJT): berat badan normal (IJT 18.5 hingga 24.9 kg/m2) dan lebihan berat badan (IJT ≥ 25.0 kg/m2). Min berat badan dan IJT adalah berbeza secara signifikan (p < 0.001) di antara keduadua kumpulan. Bagi kumpulan lebihan berat badan dan berat badan normal, min berat badan adalah masing-masing 69.0 ± 9.5 kg dan 53.5 ± 5.3 kg, manakala min IJT masing-masing 29.2 ± 3.6 kg/m2 dan 21.9 ± 1.7 kg/m2. Min skor pengetahun pengurusan berat badan tidak berbeza secara signifikan bagi kedua-dua kumpulan, iaitu masing-masing 62.4 ± 13.7 dan 61.8 ± 13.4 untuk lebihan berat badan dan berat badan normal. Kebanyakan wanita lebihan berat badan (71%) dan normal (73%) mempunyai skor pengetahuan yang sederhana (skor 50-74%). Walau bagaimanapun, terdapat lebih ramai wanita lebihan berat badan (20%) yang mempunyai tahap pengetahuan tinggi (skor ≥ 75%) berbanding dengan wanita berat badan normal (15%). Hanya 9% wanita lebihan berat badan dan 12% wanita berat badan normal yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah (skor < 50%). Guru sekolah didapati mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi secara signifikan (p < 0.001) berbanding dengan kakitangan kerajaan dalam perkara berkaitan pengurusan berat badan, dengan min skor masing-masing 65.5 ± 12.3 dan 58.4 ± 13.9. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menunjukkan bahawa wanita bekerja mempunyai pengetahuan yang sederhana mengenai pengurusan berat badan. Pengetahuan pengurusan berat badan adalah penting bagi mengelakkan risiko komorbiditi dan kesan samping.Kajian ini juga menunjukkan keperluan untuk pendidikan pemakanan berkaitan dengan imej tubuh dan pengurusan berat badan yang berkesan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|