View Article |
Faham ilmu dalam Islam: pengamatan terhadap tiga takrifan utama ilmu
Mohd Zaidi Ismail1.
Meskipun terdapat pelbagai takrifan terhadap ilmu yang pernah dikemukakan oleh para ilmuwan Islam silam, namun, apabila satu-satu takrif itu digunakan pada ketika yang wajar lagi sesuai, ia pasti dapat menjelaskan ciri dan segi ilmu yang tidak diliputi oleh takrif-takrif yang lainnya. Dalam makalah ini, tumpuan diberikan kepada tiga bentuk takrifan yang setiap satunya berperanan menyerlahkan beberapa sifat dan watak ilmu yang utama dan penting. Takrif yang pertama menegaskan bahawa ilmu itu suatu sifat insani yang menerangi; takrif yang kedua pula merumuskan ilmu sebagai pegangan atau kesimpulan yang benar, yakin, dan berasaskan bukti yang munasabah; manakala takrif yang ketiga, sebagaimana yang dirumuskan kembali oleh S. M. N. al-Attas, menjelaskan ilmu sebagai ketibaan ma`na sesuatu pada diri, sekaligus keberhasilan diri menyerapinya.
Affiliation:
- Institut Kefahaman Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 728 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|