View Article |
The concept of jihād in Quṭb and Shari`ati
Mohamed, Yasien1.
Makalah ini membandingkan pemikiran dua tokoh Islam semasa iaitu Sayyid Quṭb (m. 1966) dan `Ali Shari`ati (1977) tentang konsep jihad. Kajian ini akan cuba mengetengahkan konsep ini dalam konteks kehidupan dan penulisan kedua-dua tokoh ini. Kedua-dua tokoh Quṭb dan Shari`ati telah membentuk pandangan bahawa Islam adalah jalan perubahan sosial dan mengetengahkannya sebagai alternatif kepada Kapitalisme dan Komunisme. Kedua-dua tokoh berkongsi pandangan dalam melihat Islam sebagai suatu gerakan politik. Mereka menolak faham nasionalisme sekular yang berpengaruh sekitar tahun 1960an, dan pada masa yang sama mereka juga mengkritik aliran tradisional Sunni ataupun Shi`ah yang mengesampingkan jihad politik. Mereka menentang arus yang menyokong matlamat gerakan nasionalis ketika itu dan pada masa yang sama cuba memikat generasi baru dari kalangan remaja Muslim dan meminggirkan ulama. Quṭb dan Shari'ati telah menggerakkan semula Islam sebagai kayu ukur politik bagi segala tindakan umat Islam. Makalah ini juga turut mengupas konsep asas seperti konsep Islam dan Jāhiliyyah menurut Quṭb dan konsep tawḥīd dan shirk menurut Shari`ati dalam usaha mengetengahkan faham jihad kedua tokoh.
Affiliation:
- University of the Western Cape, South Africa
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 559 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|