Kitab-kitab besar metafizik (taṣawwuf) seumpama al-Futūḥāt al-Makkiyyah agar dapat dihargai secara kritis, perlu ditekuni secara yang betul. Melalui makalah ini, kedudukan Futūḥāt yang wajar di antara karya-karya Ibn al-`Arabī dinyatakan dalam ruang-lingkup latar-jaya kehidupan pengarangnya. Penjelasan juga akan diberi mengenai asas Kitab tersebut berkaitan epistemologi, dan dasar pandangan hidup Islam menurut Futūḥāt mengenai apa yang seseorang Muslim perlu i`tiqadkan secara
umum dalam shahādah lā ilāha illā Allāh.