Konflik antara umat Islam dan dunia Barat mengakibatkan pelbagai prasangka dan
kesalahfahaman bukan hanya dalam pemandangan awam malah juga dalam kajian ilmiah tentang
khazanah persuratan Melayu Islam dan sejarah penyebaran Islam di Alam Melayu. Analisis
teks-teks Melayu Islam sebagai sumber-sumber sejarah membantu kita supaya memahami sejarah
tersebut dan menjelaskan pelbagai masalah dan kesalahfahaman dalam bidang historiografi.