View Article |
Al-Asma al-Husna dalam wacana akidah
Mohd Fauzi Hamat1, Mohd Hasrul Shuhari2.
Allah SWT memiliki nama-nama indah yang dikenali sebagai al-Asma al-Husna. Kefahaman tentang nama-nama Allah SWT merupakan asas pencapaian ma‘rifatullah. Dalam wacana akidah, topik al-al-Asma al-Husna yang termasuk sebahagian daripada topik perbincangan al-ilahiyyat dibahaskan oleh para ulama dalam karya-karya akidah yang dikarang oleh mereka. Makalah ini akan menjelaskan pandangan para ulama bermazhab al-Asha‘irah dalam membahaskan al-Asma al-Husna menerusi
karya-karya ilmiah mereka. Sebelum itu, akan diterangkan terlebih dahulu bagaimana kefahaman terhadap al-Asma al-Husna boleh membantu manusia mencapai ma'rifatullah berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah. Makalah ini akan merumuskan bahawa al-Asma al-Husna mendapat tempat utama dalam karya-karya akidah Islam seperti al-Juwayni (m. 478H), al-Ghazali (m. 505H) dan Fakhr al-Din al-Razi (m. 606H). Tumpuan perbincangan ialah huraian tentang konsep al-Asma al-Husna, pembahagian nama-nama Allah SWT dan kepentingan al-Asma al-Husna dalam pembentukan akhlak manusia.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 692 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|