View Article |
Konsep sempadan negeri dalam masyarakat
Meor Ahmad Noor Mior Hamzah1.
Istilah sempadan membawa makna batas (negeri, kampung dan lain-lainnya). Ia juga bererti sebagai "had atau takat" yang menjadi perenggan pemisah antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Bagi masyarakat Melayu tradisional sempadan merupakan sesuatu yang "kabur" iaitu sesuatu yang wujud tetapi tidak kelihatan pada mata mereka. Hal ini hanya menjadi jelas setelah kedatangan pangaruh Barat yang mempunyai konsep tersendiri dalam membuat ketetapan sempadan.
Negara membawa pengertian "satu kawasan tertentu yang mempunyai suatu masyarakat dan diperintah/berperintah dengan sebuah kerajaan." Bagi perkara ini pengertian 'Negara dan negeri" mempunyai makna yang sama, hanya perbezaannya adalah dari segi saiz disebabkan oleh sistem pemerintahan yang sama berlaku kepada negara/negeri tersebut. Dalam perbincangan terhadap masyarakat Melayu tadisional, konsep kewujudan sesuatu kawasan yang membawa perkembangan menjadi satu negeri, itulah yang mesti diambil kira. Dengan ini penilaian kewujudan "sempadan" dan "negara" mestilah dilihat kepada perkembangan sesebuah negeri yang pada ketika itu lebih dikenali dengan perkataan "kerajaan".
Penelitian terhadap kewujudan "sempadan" dan "negara" dilakukan dari peringkat yang lebih asas. Ia ditinjau dari kewujudan sempadan antpra sebuah rumah dengan rumah yang lain, sebuah kampung dengan kampung yang lain, daerah dengan daerah yang lain hinggalah antara sesebuah negeri kerajaan dengan negeri/kerajaan yang lain. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 687 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|