Nelayan Filipina dalam aktiviti pengeboman ikan di perairan negeri Sabah
Mohammad Raduan Mohd Ariff1.
Menangkap ikan pada peringkat awal merupakan sebahagian daripada cara hidup komuniti pantai di rantau Asia Tenggara. Tujuan menangkap ikan adalah untuk menyara kehidupan keluarga yang mana ikan dijadikan sebagai sumber protein harian. Bagaimanapun dalam sistem ekonomi kapitalis, keadaan amat jauh berbeza. Altiviti menangkap ikan tidak lagi bermotif menyaradiri tetapi dijadikan sebagai cara untuk mencipta keuntungan. Di atas motif keuntungan, ikan didaratkan lebih daripada
keperluan keluarga.
Untuk mendapatkan hasil tangkapan yang banyak, menerusi masa beberapa kaedah tangkapan telah diubahsuai, cara-cara menangkap ikan yang diamalkan di negara-negara maju seperti Pukat Tunda telah diperkenal dan diterima pakai oleh nelayan-nelayan di rantau ini. Usaha-usaha pemodenan telah membolehkan kaum nelayan pergi menangkap ikan di perairan yang lebih jauh, bekerja dalam tempoh masa yang lebih lama dan seterusnya membawa pulangan hasil tangkapan yang lebih banyak. Bagaimanapun ciri-ciri perairan dasar laut berhampiran pantai negeri Sabah yang berbatu karang, berbeting pasir dan berperairan cetek di setengah-setengah kawasan telah membataskan penggunaan peralatan moden sepenuhnya seperti Pukat Tunda. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 651 time(s))