View Article |
Penentuan tahap kakisan tetulang keluli menggunakan kaedah pengecilan amplitud
Roszilah Hamid1, Khairul Anuar Mohd Nayan2, Kamarudin Mohd Yusof3, Wan Marzuliani Wan Mohd4.
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kaedah pengecilan amplitud dapat menentukan tahap kakisan tetulang keluli tanpa perlu memusnahkan struktur tersebut dan tidak perlu berkeadaan tepu. Dalam kaedah ini, satu gelombang tekanan dihasilkan dengan menjatuhkan bola keluli ke permukaan konkrit. Gelombang akan merambat kedalam struktur dan akan dipantulkan oleh kecacatan struktur dalaman konkrit atau permukaan luar nya. Bentuk gelombang yang terhasil iaitu graf amplitud lawan frekuensi telah direkodkan. Nilai frekuensi gelombang pantulan tetulang, fst, ditentukan berdasarkan halaju gelombang di dalam konkrit dan ketebalan penutup konkrit. Sampel konkrit bersaiz 300 × 150 × 150mm3 dan ditanam dengan tetulang berdiameter 20 mm. Konkrit gred 15 dan 20 telah digunakan. Medium ujian ialah larutan 120 g/l NaCl. Sampel direndam dalam medium dan dibiarkan selama 42 hari (G15N dan G20N). Sampel yang lain direndam selama 20 hari dalam medium dan tetulang disambungkan dengan bekalan kuasa aliran elektrik terus untuk mempercepatkan proses pengaratan (G15E dan G20E). Keputusan menunjukkan amplitud fst bagi G15N menurun sebanyak 21% dari 20 hari rendaman hingga 42 hari rendaman dan 24% bagi G20N. Bagi sampel dengan pengaratan yang dipercepatkan pula, iaitu G15E dan G20E, penurunan amplitud fst dari hari 14 ke hari ke 20 ialah sebanyak 15% dan 18%. Jika dibandingkan dengan ujian separa sel, peratus penurunan ampitud adalah lebih kurang separuh (kecuali G20E) dari peratus pengurangan keupayaan elektrik bagi tempoh yang sama (masing-masing 52%, 50%, 28% dan 16%). Ini menunjukkan tahap kakisan boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah pengecilan amplitud. Peratus pengurangan amplitud keseluruhan adalah 46% (G15N), 43% (G20N), 54% (G15E) dan 52%(G20E) masing-masing.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 157 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|