View Article |
Pengesanan kerosakan gentian dalam rangkaian FTTH menggunakan sistem pengesanan kerosakan terpusat (CFDS)
Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman1, Ng, Boon Chuan2, Kasmiran Jumari3.
Isu-isu berkenaan dengan kerosakan gentian dalam rangkaian capaian pengguna FTTH (Fiber To The Home) sering menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini. Antara isu-isu penting yang diketengahkan pengendali-pengendali perkhidmatan dan premis-premis pengguna adalah berhubung dengan keboleharapan perkhidmatan dan keselamatan. Peralatan OTDR (Optical Time Domain Reflectometer) lazim digunakan dalam proses pengesanan kerosakan gentian dan lokasi kerosakan dalam rangkaian FTTH secara halaan menaik, dari kawasan kediaman pengguna menghala ke pejabat pusat (CO), tetapi setiap ujian OTDR hanya akan menghasilkan satu paparan sahaja bagi satu talian dan ini amat membazirkan wang dan masa. Dengan melihat kepada isu-isu tersebut, sebuah antaramuka pengguna bergrafik (GUI) yang mudah, menarik dan mesra pengguna telah dibangunkan untuk Sistem Pengesanan Kerosakan Terpusat (CFDS) dengan menggunakan perisian MATLAB dalam kajian ini. Program yang dibangunkan ini akan ditempatkan pada terminal talian optik (OLT) di CO untuk memantau status dan mengesan kerosakan yang berlaku dalam kawasan guguran rangkaian FTTH secara terpusat dalam halaan menurun, iaitu dari CO menghala ke premis pengguna. CFDS akan berantaramuka dengan OTDR untuk menghasilkan multi paparan pada suatu masa dan keterangan lanjut mengenai analisis akan diperolehi apabila menklik pada individu talian tersebut. Seterusnya, hasil tersebut akan dihantar kepada jurutera tapak atau pengendali perkhidmatan untuk tindakan segara.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 166 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|