View Article |
Penspesifikasian dan pengesahsahihan formal protokol CSMA/CD menggunakan Z
Zarina Shukur1, Nursyahidah Alias2, Bahari Idrus3, Mohd Hazali Mohamed Halip4.
Kertas ini membincangkan tentang penspesifikasian dan pengesahsahihan formal ke atas protokol CSMA/CD. Penspesifikasian dilakukan ke atas nod dalam rangkaian dan situasi dalam implementasi bas bagi protokol CSMA/CD. Satu jenis asas, empat jenis bebas, satu pemboleh ubah sejagat, dua skema keadaan dan sembilan skema operasi yang mewakili protokol CSMA/CD telah berjaya dibangunkan menggunakan bahasa formal Z. Kemudian, pengesahsahihan dilakukan ke atas spesifikasi tersebut dengan menggunakan teknik pembuktian teorem yang disokong oleh alatan pembukti Z/EVES. Sembilan teorem telah dibangunkan berdasarkan kepada sembilan operasi yang telah dispesifikasikan. Dari kajian didapati bahasa Z berupaya untuk menspesifikasikan protokol komunikasi. Selain itu, penggunaan alatan sokongan dalam proses pembuktian dapat menjimatkan masa dan tenaga, dan kecenderungan ralat berlaku adalah kecil.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 162 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|