View Article |
Rekabentuk peranti pemisah-gabung optik 2x3 berasaskan pandu gelombang planar
Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman1, Norazilawati Md-Zain2, Siti Rahayu Hassan3, Kasmiran Jumari4.
Kertas ini mencadangkan rekabentuk pemisah-gabung optik 2x3 berasaskan pandu gelombang planar dengan bahan polimer SU-8. Teknologi ini menjamin penjimatan pada kos fabrikasi dan prestasi lebih baik berbanding dengan kaedah konvensional yang menggunakan gentian terlakur untuk fabrikasi pemisah-gabung optik. Pemisah-gabung optik ini dicadangkan untuk digunakan dalam rangkaian pasif capaian pengguna FTTH-PON untuk mevariasikan aplikasi yang dihantar ke pelanggan pelangan. Peranti pemisah-gabung ini merupakan yang pertama dilaporkan. Permasalahan yang timbul seperti kehilangan kuasa pada pemisah-gabung optik menjadi perkara utama yang akan dibincangkan. Hasil simulasi menunjukkan kehilangan kuasa pada pemisah-gabung optik adalah disebabkan beberapa faktor seperti perubahan lebar pandu gelombang, indeks biasan dan sudut capahan. Untuk memperolehi kuasa maksimum, nilai optimum parameter-parameter ini perlulah digunakan. Pemisah-gabung optik yang direkabentuk ini sesuai digunakan pada panjang gelombang 1500 nm - 1600 nm. Dalam kajian ini hubungan bagi setiap parameter ini terhadap kuasa keluaran ditekankan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 164 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|