View Article |
Pengoptimuman parameter dedahan dalam mamografi digital medan penuh menggunakan rajah merit
Laila Suryani Elias1, Eng, M.L2, Ang, W.C3, Abd Aziz Tajuddin4, Arasaratnam, S.A5, Suraya Aziz6, Khairul Osman7, Chelliah, K.K8.
Mamografi digunakan sebagai alat penskrinan dalam pengesanan awal kanser payudara. Walau bagimanapun, dos radiasi yang digunakan perlulah serendah mungkin bagi meminimumkan sebarang kesan pada wanita asimptomatik di samping mengekalkan kualiti imej bernilai diagnostik memandangkan ia digunakan setiap tahun. Kajian ini dijalankan bagi menentukan parameter dedahan optimum dalam kawalan dedahan automatik (AEC) untuk dua kombinasi anod/penuras iaitu molibdenum/molibdenum (Mo/Mo) dan molibdenum/rhodium (Mo/Rh) menggunakan sistem mamografi digital Lorad Selenia di Klinik Payudara Wanita, Pusat Kebangsaan Kanser Malaysia (NCS). Satu fantom kajian mamografi CIRS012A berketebalan 4 cm dengan 50% kandungan tisu glandular didedahkan pada projeksi kranio-kaudal (cc). TLD 100H telah digunakan untuk mengukur kerma udara kemasukan permukaan (ESAK). Nilai AGD ditentukan daripada nilai ESAK, melibatkan tiga faktor pembetulan (g, c and s) mengikut protokol Euref. Kualiti imej pula dinilai menggunakan nisbah isyarat kepada hingar (SNR) yang diperoleh dari sistem terbabit. Rajah merit (FOM) iaitu nisbah kuasa dua SNR kepada AGD menunjukkan 30 kVp adalah parameter dedahan optimum untuk fantom berketebalan 4 cm menggunakan kombinasi anod/penuras Mo/Rh dan Mo/Mo. Ujian korelasi Spearman tak parametrik menunjukkan hubungan linear negatif antara AGD dan SNR dengan peningkatan nilai voltan tiub untuk kedua-dua kombinasi anod/penuras.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Hospital Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|