View Article |
Keupayaan pembezaan tiga jenis sel primitif daripada hasil perbezaan tempoh proliferasi darah mencit
Intan Zarina Zainol Abidin1, Shahrul Hisham Zainal Ariffin2, Zaidah Zainal Ariffin3, Rohaya Megat Abdul Wahab4.
Kajian ini dilakukan bagi melihat keupayaan sel mononukleus sistem darah pusat membeza kepada sel osteoblas dan osteoklas secara in vitro bagi tiga tempoh proliferasi yang berbeza. Sel mononukleus sistem darah pusat dikulturkan di dalam medium pemilihan proliferasi bagi tiga tempoh proliferasi yang berbeza iaitu jangkamasa pendek (5 hari), sederhana (15 hari) dan panjang (30 hari). Keupayaan sel mononukleus untuk membeza kepada sel osteoblas dan osteoklas seterusnya diperhatikan pada setiap jenis sel ini. Medium proliferasi ditambah dengan faktor pembezaan asid askorbik dan β-gliserofosfat bagi membezakan sel mononukleus kepada sel osteoblas. Bagi pembezaan sel osteoklas pula, RANKL dan M-CSF ditambah ke dalam medium proliferasi. Bagi kawalan, sel yang sama digunakan tanpa penambahan faktor pembezaan. Viabiliti sel yang membeza daripada sel jangkamasa pendek, sederhana dan panjang menunjukkan sel-sel tersebut berupaya untuk bermandiri tanpa sebarang peningkatan yang signifikan sehingga 10 dan 14 hari dengan kehadiran faktor-faktor pembezaan tertentu di dalam medium pembezaan masing-masing. Analisis biokimia ke atas aktiviti alkali fosfatase (ALP) dan asid fosfatase rintang tartarat (TRAP) menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) apabila dikulturkan di dalam medium pembezaan masing-masing. Kesimpulannya, keupayaan sel primitif untuk membeza kepada sel osteoblas dan osteoklas matang adalah hampir sama bagi ketiga-tiga jenis jangkamasa proliferasi tetapi mempunyai kadar proliferasi yang berlainan iaitu 0.37, 0.55 dan 0.72 pembahagian/hari masing-masing bagi sel jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Sel mononukleus yang diasingkan daripada darah periferi ini sangat primitif kerana berpotensi untuk membeza kepada dua jenis sel matang yang berasal daripada sel stem yang berbeza, justeru boleh dikategorikan sebagai sel stem multipoten.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|