View Article |
Pulau Batu Puteh: isu pertikaian hak kedaulatan antara Malaysia dan Singapura
Siti Adibah Dahalan1.
Pada bulan Disember 1979, Malaysia telah membentangkan peta wilayah negara (peta yang menunjukkan secara spesifik sempadan perairan wilayah dan pelantar benua Malaysia) yang memasukkan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Pulau Batuan Tengah (Middle Rock) dan Pulau Tubir Selatan (South Ledge) ke dalam wilayah Malaysia. Isu pemetaan Malaysia menyebabkan bermulanya pertikaian hak kedaulatan pulau-pulau tersebut di antara Malaysia dan Singapura. Pembahagian sempadan maritim itu membolehkan Malaysia menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturannya di dalam penggunaan laut dan mengeksplotasi sumbersumber galian di dalam perairan wilayahnya. Malaysia melakukan pemetaan memasukkan Pulau Batu Puteh ke dalam wilayahnya kerana Kesultanan Johor tidak pernah menyerahkan pulau tersebut kepada British pada tahun 1824. Singapura mendakwa lelah mentadbir Pulau Batu Puteh dan menguruskan Rumah Api Horsburgh sejak 1851, iaitu setelah Singapura diperintah oleh British berikutan Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824. Pertikaian hak kedaulatan pulaupulau tersebut lelah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (mahkamah) di Hague, Belanda melalui Perjanjian Khas yang telah ditandatangani pada 9 Februari 2003. Tujuan artikel ini ditulis ialah untuk mengkaji penghakiman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai perebutan Pulau Batu Puteh yang telah diputuskan pada 23 Mei 2008.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 994 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|