Nilai, etika dan budaya kerja dalam pentadbiran sektor awam di Malaysia dari perspektif Islam (satu imbasan kembali tinjauan karya)
Zainal Yang1.
Bukan mudah membicarakan persoalan nilai dan etika yang melibatkan pertimbangan moral dan kehidupan masyarakat. Pembangunan ekonomi yang pesat sebagai penggerak kepada pertumbuhan dan alat mengukur kemajuan yang muncul di bawah naungan falsafah positivisme (melihat sejarah manusia sebagai gerak kemajuan sehala dari satu tahap ke satu tahap') khususnya pada permulaan abad moden menjadikan persoalan nilai dan etika semakin kurang diberikan penekanan. Keadaan ini lebih menyayat hati apabila didapati bahawa nilai agama adalah diletakkan di tahap paling rendah berbanding tahap sains atau dianggap sebagai tahap positif dari kacamata kemajuan manusia. (Disalin daripada artikel).
Affiliation:
- Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 50007 time(s))